Tempatan

Isteri Perlu Hadir Mahkamah Dalam Permohonan Poligami – Pensyarah UIA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 11 April 2022 – “Jika suami memohon poligami atau ingin mengesahkan poligami, maka isteri atau isteri-isteri sedia ada pun perlu hadir ke mahkamah sebagai pihak.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Profesor Madya Dr Noraini Md Hashim, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), melalui laman sosial Facebook milik beliau pada beberapa hari yang lalu.

Hal ini berikutan dari satu kenyataan yang dikemukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengenai hasrat seorang suami yang ingin berpoligami atau mengesahkan poligami.

Perkara ini telah diperuntukkan di mana isteri atau isteri-isteri sedia ada akan dipanggil untuk hadir ke Prosiding Permohonan Kebenaran Poligami serta Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Nikah Poligami.

Ia berdasarkan peruntukan di dalam Arahan Amalan No 7. Tahun 2021 di mana isteri atau isteri-isteri sedia ada akan menjadi pihak yang dipanggil dalam permohonannya.

Susulan dari itu, terdapat kebaikan yang boleh diambil kira seperti memberi peluang kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada bagi menuntut hak-hak mereka untuk nafkah diri, nafkah anak atau anak-anak dan Harta Sepencarian seperti:

Seksyen 23(9) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—
(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

Jika dibandingkan dengan sebelum ini, mana-mana suami yang ingin berpoligami tidak perlu memanggil isteri atau isteri-isteri sedia ada ke mahkamah dan cukup sekadar suami serta bakal isteri baharu sahaja yang hadir bagi tujuan Permohonan Kebenaran Poligami serta Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Nikah Poligami.

“Bukti suami yang bakal adil untuk berpoligami adalah yang sanggup membuat permohonan poligami secara formal,” ujar Dr Noraini sekaligus menutup kenyataan beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: