Tempatan

Malayan Union: Harold MacMichael Ugut Sultan Kedah Supaya Akur?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 03 Februari 2023 – Puan Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff, Kurator Kanan, Jabatan Muzium Malaysia membongkarkan ‘ugutan’ Harold MacMichael terhadap Sultan Kedah, yang menyebabkan Baginda terpaksa akur menandatangani Malayan Union.

Katanya, “Walaupun MacMichael menafikan bahawa beliau mengugut Raja-Raja untuk menurunkan tandatangan, tetapi ada satu surat daripada telegram yang dihantar oleh Sultan Kedah kepada London, yang menyatakan bahawa Baginda tidak bersetuju untuk menandatangani tetapi MacMichael menyatakan, kalau Baginda tak nak sign, akan ada Raja lain yang sanggup sign. Dan orang yang akan sign itu, akan diangkat sebagai pengganti.”

Harold MacMichael, seorang pegawai British yang pergi bertemu dengan Raja-Raja Melayu telah menggunakan ‘pendekatan’ sedemikian bagi meminta mereka menandatangani Malayan Union.

Pada waktu itu, Raja-Raja Melayu didatangi oleh Harold MacMichael dalam keadaan kertas putih belum diedarkan lagi. Mereka hanya mendengar sahaja penerangan mengenai Malayan Union, beserta catatan pegawai itu dan surat perjanjian untuk ditandatangani.

Walaupun proses permohonan tandatangan perjanjian Malayan Union dilihat ‘berjalan dengan lancar dan begitu mudah’, terdapat bukti bahawa tidak semua Raja-Raja Melayu bersetuju dengan hal itu.

Jelas Puan Miti Fateema, “Walaupun Baginda menurunkan tandatangan tetapi Baginda ada menyatakan dalam rekod menulis bahawa Baginda menyatakan yang Baginda perlu berbincang dengan pembesar, sebab ada perkara-perkara yang Baginda tidak boleh sign macam tu sahaja.”

“Maknanya Baginda perlu juga ada consult dengan Majlis Negeri, dengan pembesar ataupun dengan orang-orang yang bertanggungjawab apabila melibatkan polisi-polisi yang melibatkan Undang-Undang Tubuh Negeri, macam Johor dah memang ada Undang-Undang Tubuh Negeri pada waktu itu,” katanya.

BACA JUGA: Malayan Funds: Dana Kekayaan Negara, Kuasa Prinsipal Ditangan Raja-Raja Melayu

BACA JUGA: Polis UK Terpalit Skandal Kes Rogol, Rasisme

BACA JUGA: Darjah Kenamaan Bukan Penentu Kejayaan Seseorang, Datuk Seri Mohamad Sabu

Selain itu, Raja-Raja Melayu juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca perjanjian tersebut.

“Contoh, apabila MacMichael berjumpa dengan Sultan Johor. Hari ini dia bagi dokumen tu, esok nak kena ambil balik dah. Jadi tidak ada ample time untuk Raja-Raja Melayu membaca.”

Sementara itu, ujar beliau, catatan MacMichael juga mendedahkan, terdapat beberapa negeri yang Rajanya memang menunjukkan tentangan.

“Contoh seperti Negeri Sembilan, kerana Negeri Sembilan pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman merasakan kalau Baginda sign, dia bukan sahaja menjejaskan kedudukan Baginda, kedaulatan Baginda, tetapi juga menjejaskan kedudukan orang-orang Melayu.”

Namun, MacMichael membidas kenyataan itu dengan menyatakan bahawa ianya bukan satu isu kerana British berjanji kedudukan istimewa orang Melayu akan kekal.

“Jadi ini sebenarnya antara isu-isu yang menjadi rungutan Raja-Raja. Dan kita lihat beberapa orang Raja selepas itu memang menghantar telegram. Menghantar telegram ke London, ada yang menghantar telegram kepada mantan pegawai British, pegawai kanan British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, menyatakan tidak bersetuju dengan cara MacMichael apabila beliau minta Raja-Raja ini menandatangani dokumen Malayan Union,” kata Puan Miti Fateema.

“Jadi kalau orang kata, Raja-Raja kita sign dengan mudah, sebenarnya tak. Tak ada Raja-Raja kita sign dengan mudah, tetapi kekangan masa dan juga ugutan seperti untuk diturunkan takhta dan sebagainya, itu menyebabkan tandatangan itu berlaku juga,” jelasnya lagi.

Pendedahan sejarah ini dibuat dalam sebuah forum anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sempena sambutan Hari Persekutuan Tanah Melayu 1948 kelmarin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: