Antarabangsa

’Mati Sukarela’ Kian Meningkat di Negara Barat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMSTERDAM, 09 Julai 2022 – Perbuatan membunuh diri dengan bantuan, ataupun lebih sering dibincangkan dengan terma assisted dying kelihatan kian meningkat dalam kalangan masyarakat barat, demikian merupakan hasil kajian The Economist pada hujung tahun lalu.

Antara peristiwa yang melonjakkan perbincangan tentang ‘mati sukarela’ ini adalah kematian Maria Jose Carrasco, seorang penghidap penyakit sklerosis yang mengambil keputusan untuk menamatkan hayatnya dengan meneguk secawan dadah pelali, dibantu oleh suaminya.

Setelah kematiannya, suami Maria dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh, namun perbincangan hangat di seluruh pelosok media Sepanyol ketika itu membawa kepada perubahan dasar yang membenarkan penghidap penyakit yang “serius” dan “tidak dapat dirawat” untuk mengambil nyawa sendiri.

Simtom yang sama turut dapat dilihat di negara barat yang lain. Amerika Syarikat (AS) mislanya, menjadi salah satu ‘peneraju’ dalam undang-undang yang menghalalkan kegiatan mengambil nyawa sendiri, di mana undang-undang ‘mati bermaruah’ di wilayah Oregon sering menjadi rujukan negara barat lain.

Hal ini dapat dilihat di beberapa negara lain seperti Kanada dan negara-negara Eropah yang semakin ligat ‘menyerapkan’ dasar mesra ‘mati sukarela’ dalam dasar perundangan negara, tidak kurang juga yang ‘memintas’ undang-undang sedia ada negara dan mencari jalan belakang untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Negara-negara seperti Switzerland juga mempunyai peruntukan yang serupa, di mana antara petikan menarik daripada undang-undang Switzerland adalah di mana mereka menetapkan supaya mereka yang membuat keputusan untuk ‘pergi’ perlulah berbuat demikian dalam keadaan waras.

Buat masa ini, United Kingdom (UK) sedang dalam proses perbincangan mengenai undang-undang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri ini, lapor Sky News.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: