Mata Lembing, Senjata Tradisi Orang Melayu Abad Ke-19 Ditemukan Di Pahang
KUALA LIPIS, 20 Ogos 2023 – Penduduk tempatan menemukan sebilah mata lembing era penguasaan Inggeris di Pahang dan senjata tradisi orang Melayu pada abad ke-19 di Sungai Rengai, Lipis, baru-baru ini.
Menurut seorang penduduk dari Kampung Kemahang Hilir, Jamihan Ramli, dia ternampak objek seperti kepala ikan timbul di permukaan air sungai sewaktu sedang mencari ikan di sungai itu dan lantas melalui air sungai yang tidak dalam ke tempat tersebut.
Dia mendapati ia adalah sebilah mata lembing tanpa batang dengan panjang kira-kira 100 sentimeter yang diperbuat daripada besi baja.
BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC
BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim
BACA JUGA: Tiada Kompromi Kesalahan Tukar Label Beras
Kata Jamihan, difahamkan terdapat juga penduduk kampung berdekatan yang menemukan senjata lama seperti keris, parang panjang, tembaga, tembikar, keris, lembing dan lain-lain senjata di sungai tersebut.
Sementara itu, Ketua Kampung Rengai, Kamaruzaman Mohamad Din berkata, Sungai Rengai dahulunya merupakan ’lebuh raya’ yang dilalui oleh perahu-perahu dagang sewaktu zamannya yang bersambung ke Sungai Jelai dan Sungai Pahang.
Sebelum ini, seorang lelaki turut menemukan empat subang emas, dua gelang emas, satu loket dan empat gigi palsu tembaga secara tidak sengaja sewaktu sedang memancing di sungai yang sama.