Mat Kilau: Rasisme Berpilih Media – Lukman Sheriff
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 09 Julai 2022 – Peguam, Lukman Sheriff Alias dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook milik beliau mengatakan bahawa pemikiran masyarakat Malaysia kini sudah menjadi seperti ‘selective racism’. Set pemikiran yang memilih, rasis serta Islamofobik dan nampaknya ia semakin berleluasa di negara ini.
Beliau bersetuju dengan Dr Ahmad Farami dalam beberapa perkara, antaranya mengenai Mkini dan portal lain yang mempunyai sikap rasisma kerana setiap kali berlaku sesuatu melibatkan unsur naratif penyatuan Melayu Islam, pasti ada sahaja mereka yang mendakwanya sebagai rasis dan fasis. Kalau kaum lain tiada masalah bersatu untuk apa-apa tujuan bersama maka, tiada masalah juga jika kaum Melayu Islam bersatu.
“Kedua, naratif rasisma ini seringkali disalahgunakan politician untuk mewujudkan racial siege mindset yang sebenarnya digunakan untuk menyatupadukan kaum lain bagi tujuan politik. Contoh ekstrim pemikiran ini adalah kenyataan Guan Eng yang sanggup isytihar perang kaum jika parti politik PAS dan UMNO berusahasama,” ujar beliau yang melihat perkara itu bertujuan untuk mencipta naratif minda terkepung (siege mindset) dan Guan Eng sanggup mengungkitkan “violence”.
Bagaimanapun, beliau menganggap ia sesuatu yang bernasib baik apabila ramai mengutuk dan menentangnya. Tetapi naratif pemikiran perkauman terkepung ini seringkali disalahgunakan oleh ahli politik dengan efektif bagi mewujudkan minda terkepung atau tertindas yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum mereka.
“Tulisan terence ini sebenarnya melampau melabelkan filem ini fasis. Bandingannya dengan filem Hitler bukan sahaja tidak bertempat malah berniat jahat merendahkan nilai penyatuan kaum Melayu.”
Lukman Sheriff yang juga Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) berkata; “Saya anggap filem ini sama temanya dengan banyak filem Hollywood yang hanya mempromosikan kegemilangan Amerika atau filem dari China yang mengajukan kegemilangan peradaban Cinanya. Ia mengangkat satu kumpulan manusia menjadi hero dan selagimana tidak mengutuk membawa kebencian kaum lain, ia sepatutnya boleh diterima.”
“Mat Kilau pun begitu dan kalau lihat filemnya tiada satu pun naratif mencemuh kepada kebencian kaum lain. Kalau ada ini melampau atau rasis. Tetapi tiada. Jadi membandingkan dengan wayang hitler memang melampau. Selektif sekali lagi bilamana tiada melabel filem2 lain sebegitu,” jelas beliau dengan lebih lanjut mengenai hal ini.
Beliau turut berpandangan bahawa dalam pembikinan filem, pihak yang bertanggungjawab jangan pula memasukkan isu sensitif ataupun ‘woke culture’. Contohnya seperti siri di Netflix yang menggambarkan sebuah keluarga berkulit hitam sebagai aristokrat abad ke-18/19. Kononnya, Mat Saleh arisktokrat England berduyun-duyun berkejar nak kahwin dengan aristokrat kulit hitam ini.
“Woke culture ni dah tak betul,” ujar beliau yang sempat berkongsi sebelum mengakhiri kenyataannya, yang mana masyarakat British memang rasis dan menjadikan kulit hitam sebagai hamba.
“Kita terima sahajalah sebagai sejarah. Samalah dengan filem Mat Kilau. Dah British pisahkan kita antara kaum. Bila British masuk penentangan sudah tentu dari penduduk asal yang pada itu Melayu. Itulah realitinya.”