Tempatan

Mat Kilau Dikhianat Monarki?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 29 Jun 2022 – Baru-baru ini tular dakwaan oleh sebuah akaun Twitter bahawa kononnya Mat Kilau bersembunyi kerana tidak hanya diburu oleh British, bahkan pembunuh upahan Istana sendiri.

Namun, kesahihan dakwaan tersebut telah disangkal oleh pengguna lain yang mengemukakan bukti daripada monograf keratan akhbar lama di mana Mat Kilau didapati telah diselamatkan oleh Sultan Pahang sendiri.

Menurut keratan akhbar yang diperolehi dari National Library Board Singapura tersebut, Mat Kilau sebenarnya telah hadir menghadap Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abdullah Al Mu’tassim Billah, pada tahun 1924, tahun di mana Mat Kilau didakwa sedang bersembunyi daripada buruan.

“Takkan sembunyi sebab diburu orang upahan Istana Pahang, lepas tu pergi jumpa Sultan Pahang senyap-senyap tahun 1924?” soal pengguna Twitter terbabit.

Peristiwa pertemuan rahsia antara Mat Kilau dan Sultan Pahang di Istana Pekan ini diceritakan sendiri oleh jauk/bentara Istana ketika itu, Encik Md. Derus bin Lambak.

Menurutnya, ketika itu beliau bersama kira-kira 5 lagi juak Istana sedang menghadap Sultan, lalu tampil seorang tua berkulit putih datang menyembah Almarhum Sultan Abdullah.

“Orang tua itu berkulit putih, kurus rincing, memakai baju kemeja bersongkok hitam dan dia segera menyembah Sultan Abdullah,” cerita beliau seperti yang tercatat pada laporan berkenaan.

Tambahnya lagi, setelah melihat kehadiran orang tua tersebut, Sultan bangkit daripada tempat duduk baginda lalu segera memeluk sosok tua tersebut dan memimpin masuk ke dalam sebuah bilik.

“Mereka kelihatan terlalu mesra,” jelas Encik Md. Derus.

“Saya berasa hairan dan tertanya-tanya dalam hati siapa gerangan orang tua itu,” tambahnya lagi.

Setelah hampir sejam berada di dalam bilik tersebut, Sultan bersama orang tua terbabit keluar daripada bilik.

“Orang tua itu menyembah sekali lagi dengan tertibnya dan keluar meninggalkan istana,” cerita beliau.

Tambahnya, Sultan kemudian menghampiri mereka lalu bertanya sama ada mereka mengenali lelaki tua tersebut.

“Kami semua mengatakan tidak kenal,” kata beliau.

Lalu, Sultan Abdullah kemudiannya berbisik kepada mereka seraya menjelaskan bahawa sosok tubuh tua yang hadir itu ialah Mat Kilau, pahlawan Pahang yang terkenal, dan Sultan meminta supaya mereka tidak membocorkan rahsia tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: