NGO

Isu Anak Mualaf: Bersungguh Desak Murtadkan Anak Tersebut Tak Dikira Penyibuk? – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya menegaskan bahawa tindakan sesetengah pihak yang yang melabel usaha murni Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dalam melindungi dan membantu tiga orang anak mualaf sebagai ‘penyibuk’ atau ‘busybody‘ sebagai suatu yang keterlaluan.

Melalui kenyataan yang dimuat naik beliau di laman rasmi Facebook miliknya, beliau mempersoalkan, “yang bersungguh-sungguh desak nak murtadkan anak-anak tersebut tak dikira ‘penyibuk’ pula?”

Hal ini berlaku apabila MAIPs beberapa hari lalu memohon untuk menjadi pihak pencelah dalam petisyen perceraian antara ibu tunggal, Loh Siew Hong dengan bekas suaminya Muhammad Nagashwaran Muniandy, yang kini telah memeluk agama Islam bersama ketiga-tiga anaknya.

“MAIPs telah memfailkan permohonan sebagai pencelah bagi membenarkan akses bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga anak-anak mualaf tersebut, selain sokongan dalam bentuk kewangan daripada dana zakat serta bantuan lain dibenarkan syarak melalui ibu mereka sendiri,” ujar Hj Aminuddin Yahaya.

Sehubungan itu, ia menjadi tanggungjawab MAIPs bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat akses ke atas hak dan kepentingan mereka sebagai saudara baharu selepas memeluk Islam yang telah didaftarkan di Perlis.

“MAIPs atau mana-mana majlis agama sudah banyak kali menjadi sasaran pihak tertentu kononnya tidak berfungsi khususnya dalam bab kebajikan.”

Maka, Pengerusi PEMBELA itu berpandangan bahawa permohonan yang dibuat untuk menjadi pihak pencelah adalah bertepatan, sesuai dan sepatutnya dipuji kerana memainkan peranan yang proaktif sebagai badan berautoriti agama Islam yang penuh bertanggungjawab.

“Apa-apa pun, kita jangan lupa yang kes mencabar keislaman anak-anak ini akan didengar mahkamah pada 17 Mei ini.”

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sekiranya mahkamah memutuskan bahawa pengislaman itu terbatal, maka MAIPs tidak lagi akan terbabit dalam kebajikan anak-anak tersebut kerana ia bukan tanggungjawab mereka lagi.

“Saya difahamkan juga, sekiranya nanti mahkamah memutuskan bahawa pengislaman itu terbatal, maka MAIPs tidak lagi akan terbabit dalam kebajikan anak-anak tersebut kerana bukan tanggungjawab mereka lagi. Habis terus,” kata Hj Aminuddin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: