Antarabangsa

Zionis Israel Laksana Projek Lembu Merah, Ganti Kubah Emas Masjidil Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 03 Ogos 2023 – Rejim haram aparteid Israel bakal membina ‘kuil’ yang dipercayai akan menggantikan kubah as-Sakhrah di halaman Masjidil Aqsa.

Laporan Pusat Inisiatif Strategik PALM mendedahkan, projek yang bernama Projek Lembu Merah itu telah mendapat pembiayaan kerajaan haram Israel, di mana peruntukan awal dianggarkan sebanyak puluhan juta syikal.

Dalam pada itu, persatuan Israel, Ir Amim juga membongkarkan, projek ini dilaksanakan bawah pantauan Institusi Pembinaan Kuil yang telah melaburkan usaha dan wang dengan jumlah besar untuk mencari lembu merah.

BACA JUGA: Pencemaran Bau: Murid, Guru Dan Pekerja Kantin Muntah, Pening

BACA JUGA: Melaka Umum Bantuan Khas Penghargaan RM300 Buat Penjawat Awam Negeri

BACA JUGA: Video Tular: Peniaga Durian Dirompak & Diacukan Pistol, Individu Diburu

Laporan menyebut, haiwan itu dipercayai merupakan perkara paling utama dalam ritual tertentu untuk membina sekali gus mendirikan ‘kuil’ mereka.

Mengulas lanjut, saluran 12 Israel melaporkan, Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Al-Quds dalam kerajaan Israel sedang menyelia secara langsung pengimportan 5 ekor lembu merah beberapa minggu lalu.

Lembu-lembu tersebut diangkut dari Amerika Syarikat (AS) ke Israel menggunakan kapal terbang, sebagai persediaan pembakaran mereka di Bukit Zaitun (tapak upacara mendirikan ‘Kuil Ketiga’) yang terletak bertentangan dengan Masjdil Aqsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: