Antarabangsa

Masyarakat Berang Profesor Yale Cadang Buang Organ Warga Tua Jepun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 19 Februari 2023 – Seorang profesor ekonomi Universiti Yale mencetuskan kemarahan dengan mencadangkan bunuh diri beramai-ramai dan membuang organ warga tua di Jepun untuk menangani masyarakat ‘tua’ di negara itu.

Profesor yang dikenali sebagai Yusuke Narita itu mendakwa bahawa cara tersebut akan membolehkan generasi muda membuka laluan mereka dalam bidang perniagaan, politik dan aspek masyarakat lain yang enggan ditinggalkan oleh generasi warga emas.

“Saya rasa satu-satunya penyelesaian yang cukup jelas. Di akhirnya, bukankah penyelesaiannya adalah membunuh diri beramai-ramai dan ‘seppuku’ beramai-ramai orang tua?’” katanya menurut laporan media antarabangsa.

BACA JUGA: BACA JUGA: Ungkit Sejarah Kolonial British, Penny Wong Dipersoal Rakan Senator

BACA JUGA: Babi Hutan Bermaharajalela Di Tanah Terbiar

BACA JUGA: Penduduk Selayang Mengamuk Pasar Borong ‘Dijajah’ Pelarian Rohingya

Seppuku ialah satu upacara membuang organ perut yang dipaksakan kepada samurai yang telah membawa kehinaan kepada diri mereka pada abad ke-19 di Jepun.

Dakwa Yusuke Narita lagi, beliau ‘gusar dengan fenomena di Jepun, di mana taikun yang sama terus mendominasi dunia politik, industri tradisional, dan media/hiburan/kewartawanan selama bertahun-tahun.’

Mengulas lanjut mengenai cadangannya, Yusuke berkata, “Sama ada itu perkara yang baik atau tidak, itu soalan yang lebih sukar untuk dijawab.”

“Jadi jika anda fikir itu bagus, maka mungkin anda boleh bekerja keras ke arah mewujudkan masyarakat seperti itu.”

Populasi Jepun menjunam lebih 600,000 pada tahun lalu disebabkan oleh penurunan kadar kesuburan dan populasi yang semakin berusia.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun melaporkan, populasi negara itu menjunam buat kali kesebelas tahun berturut-turut di mana penurunan adalah sebanyak 644,000.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: