Tempatan

Masuk Ke Malaysia Tanpa Dokumen Yang Sah, Warganegara China Didenda RM4 Ribu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LUMUT, 09 Ogos 2022 – Seorang wanita warganegara China, Dai Bao Xi, 54, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Manjung atas kesalahan masuk ke negara ini bulan lalu tanpa dokumen yang sah.

Dai Bao Xi merupakan seorang daripada tujuh warganegara China yang dihadapkan ke mahkamah semalam atas pendakwaan yang sama.

Selain wanita tersebut, seorang lagi warganegara China, Guo Fei, 48, juga mengaku bersalah dan didenda RM5,000 dan satu sebatan.

Majistret membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan sebatan tersebut dengan menfailkan notis rayuan.

Lapor sebuah portal tempatan, hanya dua warganegara tersebut mengaku bersalah manakala lima yang lain minta dibicarakan selepas pendakwaan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didapati telah masuk dan berada di negara ini dan menetap di sebuah apartment di Jalan Lumut pada 25 Julai lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang membawa hukuman denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-dua sekali dan sebat tidak lebih enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: