Tempatan

Masjid Tawar Hadiah Kepada Kanak-Kanak Lengkap Solat Tarawih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 29 Mac 2023 – Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang menawarkan hadiah kepada kanak-kanak yang lengkap solat tarawih 20 rakaat selama 10 hari.

Menurut iklan yang dimuat naik di Facebook masjid itu, tawaran itu diberi sebagai inisiatif bagi memupuk semangat anak-anak jemaah Masjid Kapitan Keling sepanjang bulan Ramadan.

“Marilah adik-adik Solat Tarawih 20 Raakat & Dapatkan Hadiah”

“Hadiah akan diberikan kepada setiap anak yang penuhkan solat tarawih 20 raakat untuk setiap 10 hari Ramadan. Tiga Kad kehadiran akan diedarkan,” kata iklan itu lagi.

Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, kanak-kanak yang hadir akan dibekalkan dengan kad khas sebagai penanda kehadiran dan mereka perlu mendapatkan cap daripada Pengerusi Masjid, Faruk Raja Mohamed setiap kali selesai menunaikan solat tarawih.

BACA JUGA: Jemaah Boleh Tunai Umrah Sekali Sahaja Bulan Ramadan – MoHU

BACA JUGA: Sisa Makanan Bazar Ramadan Negeri Sembilan Meningkat 15%

BACA JUGA: Cedera Fizikal & Mental, Mangsa Kemalangan Tren Rapid, Failkan Saman Berkumpulan

“Pada hari pertama kami edarkan kad khas ini kepada 42 orang kanak-kanak dan sehingga hari ini mereka nampaknya begitu bersemangat untuk melengkapkan solat tarawih 20 rakaat.”

“Sekiranya mereka berjaya melengkapkan solat terawih sepanjang 30 Ramadan ini, mereka akan memperoleh tiga hadiah oleh pengurusan masjid,” ujarnya.

Berkata lanjut, menurut Mohamed Rizdwan, idea itu datang secara spontan ketika beliau dan seorang rakannya melihat kanak-kanak bermain selepas menunaikan solat tarawih di pekarangan masjid pada 1 Ramadan lalu.

“Pada hari pertama Ramadan saya beri mereka aiskrim sebagai galakan untuk terus datang ke masjid dan mereka gembira dengan pemberian ini.”

Jelasnya, hadiah-hadiah yang akan diberikan mungkin merupakan peralatan permainan seperti kereta mainan, basikal.

“Ada juga kanak-kanak yang meminta ‘drone’, kita akan pertimbangkan permintaan mereka asalkan mereka lengkapkan solat tarawih di masjid,” kata Mohamed Rizdwan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: