Tempatan

Masjid & Surau Dibuka: Pahang Benarkan Aktiviti Keagamaan Dilaksanakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

KUANTAN, 19 Mac 2021 – Kerajaan negeri Pahang melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti keagamaan di masjid dan surau berkuat kuasa hari ini.

Kelonggaran itu mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, ujar Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, majlis akad nikah di masjid berdasarkan ruang ditetapkan juga dibenarkan.

Antara aktiviti keagamaan dibenarkan mulai hari ini ialah kuliah dhuha, tazkirah sebelum solat Jumaat dan pengajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Kelas Tafaqquh Fid-din, bacaan yasin dan tahlil serta jamuan selepas kuliah serta majlis ilmu turut dibenarkan,” tambah Datuk Seri Wan Rosdy.

“Kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas kini dibenarkan mengerjakan solat Jumaat dan solat fardu berbanding berumur 12 tahun ke atas sebelum ini.”

Ujar beliau lagi, dalam masa yang sama, pematuhan SOP sedia ada seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membawa sejadah sendiri perlu terus diamalkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: