Tempatan

Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RANAU, 12 Jun 2023 – Pembinaan masjid baharu Ar-Rahman yang bakal menjadi masjid pertama kalis gempa bumi di negeri Sabah dijangka siap Ogos tahun ini.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata masjid asal telah rosak akibat gempa bumi yang melanda kawasan tersebut pada 2015 dan dua tahun selepas itu, kerajaan Sabah mengumumkan pembinaan semula masjid dengan kos sekitar RM11.15 juta.

Selain menjadi masjid pertama kalis gempa bumi, Masjid Ar-Rahman juga dikatakan menjadi masjid jimat tenaga pertama di negeri itu.

Walau bagaimanapun, projek tersebut mengalami kelewatan akibat pandemik COVID-19 dan Jonathan mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

BACA JUGA: Gunakan MyKad, Sekat Ketirisan Subsidi

BACA JUGA: Kesatuan Pramugari Gesa Kerajaan Larang Jocelyn Naiki Semua Penerbangan Malaysia

BACA JUGA: “Daripada Angkat Bak Kut Teh, Baik Isytihar Sup Ekor Sebagai Makanan Kebangsaan” – Mantan Presiden ISMA

Ujarnya, “Terdapat kekangan dalam kerja semasa pandemik. Tetapi kini status semasa projek telah diluluskan dengan Lanjutan Masa No.4 oleh Jabatan Kerja Raya Sabah sehingga 1 Ogos 2023.”

Menurut laporan, kelewatan projek itu menjadi tular apabila seorang pengguna Facebook memuat naik sebuah hantaran mempersoalkan perkara tersebut meskipun sekatan pergerakan COVID-19 sudahpun ditarik.

“Gambar kenangan ini diambil pada 31 Dec 2021 iaitu sebulan selepas tempoh yang sepatutnya masjid ini siap, setiap kali Ramadhan dan Syawal tiba, bangunan ini hanya mampu jadi perhiasan dan tatapan jemaah yang berkunjung kemari untuk beribadah, tidak mampu untuk berbuat apa2, dan setakat ini hanya lebih kurang 10 peratus saja perubahan yang kita nampak sejak dari itu dan tidak tahu dimana silapnya, kenapa tidak siap-siap?” soalnya.

Pemuda itu juga menggesa, “Suda tiba masanya belia Islam di Ranau campurtangan, suda terlalu lama untuk kita menunggu proses untuk menyiapkan satu-satunya mercu kekuatan masyarakat Islam di bumi Ranau.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: