Antarabangsa

Masjid Lama Berusia 120 Tahun Timbul Di India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TONTON, 08 September 2022 – Sebuah masjid lama dipercayai berusia 120 tahun yang ditenggelami air tiga dekad lalu muncul selepas berlakunya kemarau di Empangan Phulwaria, daerah Nawada Bihar, India, lapor media antarabangsa.

Masjid itu yang tenggelam di Kampung Chiraila blok Rajauli didapati muncul berikutan kekeringan air di penghujung selatan takungan empangan itu.

Orang ramai mengatakan nama masjid berkenaan sebagai Masjid Noori yang ditenggelami air selepas Empangan Phulwaria dibina pada 1985. Masjid itu mempunyai ketinggian kira-kira 30 kaki dari tanah hingga ke kubah, lapor media itu.

Menurut media itu lagi, kemunculan masjid tersebut mengejutkan orang ramai dan mereka mendapati struktur masjid itu masih utuh serta tidak mengalami kerosakan biarpun telah tenggelam sejak beberapa dekad.

Sebelum ini, hanya sebahagian daripada kubah masjid itu kelihatan susulan daripada penurunan paras air.

Bukan itu sahaja, masjid itu dipercayai telah wujud sebelum kerja-kerja pembinaan Empangan Phulwaria dimulakan pada tahun 1979 dan masjid itu dipercayai tidak pernah digunakan walaupun selepas empangan itu selesai dibina. Lantaran itu, takungan air empangan tersebut telah menenggelamkan seluruh kawasan termasuk masjid itu.

Orang ramai percaya bahawa masjid itu dibina pada awal abad ke-20 menerusi seni bina kubah masjid itu yang lebih tajam dan dipercayai dibaik pulih pada zaman Mughal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: