Tempatan

Masjid Jemput Bukan Islam Bagi ‘Ceramah’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGSAR, 13 April 2023 – Sebuah masjid di Bangsar dilaporkan menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu mengenai berhenti merokok, Jumaat lalu.

Menurut laporan, perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @saifyakhtar dengan klip video yang menunjukkan seorang doktor memakai turban merah menyampaikan syarahan kepada jemaah di masjid itu.

Ujar @saifyakhtar, “Topik kuliah di masjid bukanlah sesuatu yang luar biasa dan selalunya bersandarkan kepada nilai agama. Ceramah oleh doktor Sikh ini mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan Islam, di mana masjid juga dijadikan sebagai istana ilmu.”

BACA JUGA: Hina Raja, ‘Raja Hairun’ Dicekup

BACA JUGA: Keluarga Boleh Lawat Penghuni Penjara Raya Ketiga & Keempat – Jabatan Penjara

BACA JUGA: 400 Ribu Batang Rokok Terapung Di Lautan, Dirampas

Berikutan itu, beliau menyeru agar lebih banyak masjid untuk melakukan tindakan yang sama.

“Saya menggalakkan lebih banyak masjid melakukan perkara ini dengan menjemput lebih ramai pakar tanpa mengira agama mereka.”

Tinjauan samudera.my di laman komen mendapati majoriti netizen memuji tindakan masjid tersebut.

PROGRESSIVE,” kata seorang pengguna media sosial, @dano_bita.

@drsscheema pula berkata, “Excellent example of tolerance Malaysian Style.Hope to see more of this to showcase our lovely Malaysia.”

Seorang lagi pengguna Twitter, @sayyedalifkhan turut melontarkan pujian dengan komen, “Awesome expression of The Koran at display. Coexistence, Understanding and Embracing each other with Love, Respect & Oneness. None is superior to the other for we are all vulnerable and naive Humans.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: