Antarabangsa

Masjid di Portland Dibakar, Polis Buru Suspek

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORTLAND, 11 Mei 2022 – Pihak polis Portland mengeluarkan rakaman gambar dan video suspek kes pembakaran sebuah masjid di Portland bagi membantu siasatan kes jenayah kebencian.

Masjid yang didirikan pada tahun 1973 itu adalah merupakan pusat komuniti Islam yang paling lama di Oregon.

Kamera pengawasan berjaya merakamkan aksi seorang lelaki yang berbaju biru menuangkan sejenis cairan di bahagian belakang bangunan sebelum menyalakannya dengan api pada 6.48 petang hari Selasa.

Setelah mendapati api yang dinyalakannya gagal marak bagi membakar masjid itu, beliau membuat percubaan kali kedua.

“Nasib baik cuma berlaku kerosakan kecil sahaja,” menurut kenyataan polis.

Perbuatan khianat ini berlaku sehari selepas umat Islam menyambut sambutan Aidilfitri setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan.

“Insiden yang sangat mengganggu ini adalah peringatan tentang kebencian dan ketaksuban yang berterusan sebagai ancaman yang benar terhadap komuniti umat Islam,” tegas Muz Afzal, ahli jawatankuasa Council on American-Islamic Relations Oregon.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: