Tempatan

Puting Beliung Rempuh 2 Perkampungan Di Melaka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR GAJAH, 28 Julai 2023 – Dua perkampungan di Melaka dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang merosakkan sekurang-kurangnya 15 rumah di Kampung Pasir Gembur dan Balik Batu di Tanjung Bidara.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku sekitar jam 7 pagi tadi dan menerbangkan bumbung rumah penduduk setempat.

Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT), Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berhubung kejadian pada jam 9 pagi.

BACA JUGA: Bulan Kemerdekaan: Peniaga Diseru Kibarkan Jalur Gemilang Di Premis

BACA JUGA: Pilihan Raya: Bayaran Tiket Bas, Ole-Ole, Satu Kesalahan – SPRM

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Setakat bancian awal, sebanyak 10 rumah di Kampung Balik Balik Batu dan lima lagi di Kampung Pasir gembur mengalami kerosakan bumbung.”

“Anggota APM turut memberi bantuan dalam kerja-kerja membersihkan sisa bumbung yang tersangkut di rumah penduduk,” maklumnya.

Jelasnya, setakat ini tiada penduduk mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan dan kerja-kerja bancian kerosakan rumah penduduk juga masih dijalankan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: