PRU-15

Masalah Politik Selesai Jika Kembali Kepada Islam – Zulkifli Mamat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 14 Oktober 2022 – Susulan isu ketidakstabilan politik negara ketika ini yang sangat membimbangkan dan bergantung kepada kebijaksanaan serta kepimpinan parti-parti politik, ia dapat diselesaikan jika Kerajaan yang memerintah kembali kepada agama Islam, menurut pandangan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat.

Beliau berpandangan, pilihan raya adalah alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan terbaik bagi menghadapi masa depan dan pilihan rakyat kepada nilai berasaskan Islam ini akan membawa mereka kembali kepada fitrah manusia itu sendiri tanpa mengira bangsa dan agamanya.

“Sekiranya rakyat dibebankan dengan ketidakstabilan dan ketidaktentuan sebuah politik, maka rakyat akan sentiasa berada dalam penuh tanda tanya dan juga mencari-cari ke manakah hala tuju yang hendak dibawa oleh pimpinan negara.”

“Jadi kecelaruan di sini boleh kita lihat apabila dasar sesebuah negara itu seolah-olah tidak dinyatakan dengan jelas,” ujarnya yang menghadiri rancangan Bicara Siasah secara langsung di laman Facebook Legasi Tok Guru.

Beliau merasakan bahawa, rakyat tidak harus dibebankan dengan ketidaktentuan politik yang pastinya mengakibatkan kecelaruan dasar negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: