Tempatan

Masalah Harga Dedak Ayam, Guna Isirong Sawit Ganti Dedak Asas Soya & Jagung – Pakar Ternakan Ayam UPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 29 MEI 2022 – Isu berkaitan keperluan kerajaan terhadap bahan asas pembuatan makanan ayam dapat dikurangkan dengan inovasi penggunaan hampas kelapa sawit sebagai salah satu usaha dalam menstabilkan harga ayam di negara ini.

Menurut Pakar Ternakan Ayam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Zulkifli Idrus, bahan asas dalam pembuatan makanan ayam yang digunakan buat masa ini iaitu jagung dan kacang soya boleh digantikan dengan penggunaan isirong sawit yang dikenal pasti mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.

BACA: Boikot Ekonomi Umat Islam Kerana Mereka Tak Hormat Lembu – Pramod Muthalik

BACA: Shah Alam, Klang, Parit Buntar Tenggelam 2030?

BACA: Tarian Hampir Telanjang, Pesta Di Bumi Anbiya’

Menurutnya lagi, dalam setahun, negara ini dapat menghasilkan sebanyak 2.3 juta tan metrik kek kernel sawit (PKC) dan dengan jumlah penghasilan tersebut, ianya cukup bagi menghasilkan makanan ayam telur serta ayam daging.

Walau bagaimanapun, PKC mengandungi serat iaitu antara 15 hingga 20 peratus. Justeru, UPM telah berusaha menjalankan beberapa eksperimen dalam mengurangkan jumlah serat yang terkandung dalam PKC agar ia dapat menjadi makanan yang sesuai bagi ayam.

UPM mendapati penggunaan PKC untuk makanan ayam dapat dilakukan melalui proses tertentu. Namun ianya bukan untuk menggantikan penggunaan 60 peratus jagung sebagai bahan asas dalam penghasilan makanan ayam.

Dalam pada itu, terdapat juga cabaran berkenaan penggunaan PKC sebagai bahan penghasilan makanan ayam. Walaupun negara menghasilkan sebanyak 2.3 juta tan metrik PKC dalam setahun, negara juga mengeksport bahan tersebut ke beberapa negara luar sebagai makanan lembu.

Selain daripada PKC, Zulkifli juga menyatakan bahawa terdapat alternatif lain dalam menghasilkan makanan ayam, iaitu menggunakan ‘black soldier fly’ (BSF). Ianya dapat digunakan sebagai sumber protein dalam dedak ayam, justeru BSF dapat menggantikan penggunaan kacang soya sebagai bahan asas dalam penghasilan dedak ayam.

“Kalau kita hendak ternak serangga ini amat mudah kerana makanannya cuma sisa buangan dapur dan industri sawit, malah tidak memerlukan tanah yang banyak seperti menanam soya, selain iklim tropika kita sesuai bagi membiakkannya,” ujar Zulkifli.

Penggunaan BSF ini juga dapat menyumbang dalam menyelesaikan isu kenaikan harga ayam di negara ini bagi jangka masa panjang. Menurutnya,

“Untuk jangka masa panjang, kita boleh pertimbangkan menggunakan serangga kerana ia memang makanan semulajadi ayam. Paling sesuai, satu daripadanya ialah BSF kerana larvanya boleh digunakan untuk sumber protein kepada ayam.”

Walau bagaimanapun, menurutnya lagi, industri ini masih baru di Malaysia dan buat masa ini hanya dua syarikat yang mengusahakan pembiakan BSF ini iaitu di Selangor dan Johor, yang mana hasilnya kini dieksport ke Eropah.

Sebelum ini, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh selaku Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II mengakui bahawa antara punca harga ayam mengalami kenaikan yang tinggi adalah masalah kekurangan bekalan makanan ayam iaitu jagung yang diimport dari Brazil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: