Tempatan

Masalah Depresi Mesti Dipandang Serius – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2022 – Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan MSU, Profesor Dr Zulkifli Ghaus menegaskan bahawa masalah depresi mesti dipandang serius susulan daripada insiden bunuh melibatkan ahli keluarga sejak kebelakangan ini yang dilihat kian membimbangkan.

Beliau berkata, masyarakat perlu meningkatkan ilmu mengenai penyakit mental dengan melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh agensi berkaitan. Bukan sahaja kaedah bagi menangani depresi, tetapi juga gejala lain seperti perasaan cemas (anxiety), gembira berlebihan (mania), cepat marah, agresif serta psikosis.

“Masyarakat perlu dididik dengan lebih proaktif tanda awal penyakit mental. Kita perlu tahu cara yang asas untuk berdepan dengan orang yang depresi atau pun individu yang agresif serta bekerjasama dengan doktor agar pesakit dapat dirawat dengan baik,” jelasnya.

Menurut statistik dari National Health and Morbidity Survey 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menghisap rokok menyumbang kepada berlakunya masalah mental di Malaysia dengan peratusan 21.3 peratus. Pengambilan alkohol juga menyumbang sebanyak 11.8 peratus terhadap berlakunya masalah mental.

Bukan itu sahaja, menurut KKM, sepanjang tempoh Mac 2020 hingga 20 Mei 2021, pihak KKM menerima sebanyak 85.5 peratus panggilan yang membabitkan isu kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi serta kaunseling seperti stress akut, keresahan, kemurungan, penderaan dan tingkah laku bunuh diri.

Mengulas lanjut, ketika ini Malaysia masih kekurangan tenaga pakar dalam psikologi dan psikiatri di mana setakat ini Malaysia hanya mempunyai 200 orang pakar psikologi untuk populasi 33 juta penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: