Masalah Belia Memaksa Industri Terus Ambil Pekerja Asing
KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Industri terpaksa terus mengambil pekerja asing untuk memenuhi jawatan yang memerlukan kemahiran tinggi dan juga pakar berikutan kekurangan tenaga kerja berkemahiran di negara ini, terutamanya dari golongan belia.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, golongan muda terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berminat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi menyebabkan negara kekurangan tenaga kemahiran teknikal.
BACA JUGA: Rundingan Bukan Jalan Penyelesaian Kes Pertikaian Penjagaan Lain Agama – NGO Bukan Islam
BACA JUGA: Dakwaan Tuntutan Pewaris Sulu Ancam Keselamatan Negara, Polis Buka Siasatan
BACA JUGA: JAGA-JAGA, Malaysia Dijangka Dilanda Jerebu Teruk Bermula Jun
“Tiada kemahiran teknikal juga seperti menutup peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan perkara ini akan menjurus kepada peningkatan kadar pengangguran negara dalam kalangan rakyat,” katanya.
Effendy menekankan bahawa golongan belia tidak boleh menjadikan tidak ada modal atau tidak diberi peluang sebagai alasan untuk tidak belajar kemahiran kerana Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk mencapai objektif negara melahirkan banyak rakyat berkemahiran, antaranya pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sebaliknya, golongan belia perlu ada kesedaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya selepas tamat tingkatan lima.
Mengulas lanjut, Effendy berkata perlu ada usaha untuk mengetengahkan TVET kepada mereka, kerana sijil yang diperoleh dan kemahiran yang dipelajari akan membolehkan mereka bersaing di alam pekerjaan