Tempatan

Masalah Bekalan Air Di Pulau Pinang Dijangka Pulih Tengah Hari Ini 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 07 Julai 2022 – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam memaklumkan bahawa pihak mereka menjangkakan tekanan bekalan air di semua saluran paip di seluruh negeri tersebut akan dipulihkan pada tengah hari ini, Khamis, 07 Julai 2022.

Dalam pada itu, CEO PBAPP, Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa dalam kenyataan sama memaklumkan, loji rawatan air sungai dua terpaksa menghentikan tugas kecemasan selama 4 jam berikutan air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.

“Semua operasi pengeluaran air di LRA Sungai Dua telah dihenti tugas sementara waktu. Langkah kecemasan ini adalah perlu untuk mengelakkan pengeluaran air terawat yang tidak selamat yang tidak mematuhi parameter Kawalan Kualiti Air Minuman yng ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Turut dimaklumkan, PBAPP terpaksa menggerakkan kerja-kerja kejuruteraan tindak balas kecemasan berkaitan pengeluaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua iaitu loji rawatan terbesar dan terpenting di Pulau Pinang.

Pagi semlam, kekeruhan air mentah yang dipam dari Sungai Muda (melalui Terusan Sungai Dua) ke loji itu direkodkan adalah 3,000 NTU. Jumlah berkenaan adalah taraf kekeruhan yang tinggi dan luar biasa. “Kekeruhan normal” air mentah di Sungai Muda adalah di bawah 1,000 NTU sahaja. NTU juga merujuk kepada “Unit Kekeruhan Nephelometric” atau “Nephelometric Turbidity Unit”, di mana ia digunakan untuk mengukur kehadiran zarah atau jirim terampai dalam air.

PBAPP yang memohon maaf atas segala kesulitan sementara yang berlaku berkata, semua pengguna yang terjejas perlu tahu bahawa peningkatan mendadak dalam kekeruhan air mentah dari Sungai Muda adalah faktor yang di luar kawalan PBAPP.

Namun, PBAPP dengan rasa bertanggungjawab bertindak balas dan memberi respons terhadap situasi krisis ini pada masa tepat dan sesuai. Mereka akan terus memantau kekeruhan air yang diabstrak dari Sungai Muda secara berterusan selama 24 jam.

“Kami akan terus melepaskan air dari Empangan Mengkuang bagi memastikan tahap kekeruhan air mentah yang selamat untuk LRA Sungai Dua. Keutamaan kami adalah untuk memastikan pengeluaran air terawat yang selamat dan berterusan di Pulau Pinang,” ujar kenyataan tersebut yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: