Antarabangsa

Kemarau Dahsyat, Kebakaran Hutan Besar-Besaran Dijangka Berlaku Di Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 01 Januari 2023 – Kebakaran hutan secara besar-besaran di Indonesia dijangka berlaku pada Ogos hingga September tahun ini.

Ketua Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata jangkaan itu dibuat susulan musim kemarau tahun ini diramal lebih kering dan panas berbanding dua tahun lalu.

Musim kemarau yang lebih teruk juga diramalkan pada 2023 kerana taburan hujan yang sedikit berbanding tahun sebelumnya.

“Antara kawasan yang perlu diberi perhatian yang berisiko menyebabkan kebakaran hutan besar-besaran adalah Sumatera Utara, Riau dan Aceh.”

Sehubungan itu, BMKG menyeru semua pihak perlu peka dengan keadaan semasa dalam usaha membendung kebakaran hutan berlaku.

“Dalam hal ini, semua pihak perlu memainkan peranan, jangan lakukan sebarang tindakan yang boleh memburukkan keadaan, termasuk sengaja membakar kawasan pertanian bagi membolehkan tanaman baru dihasilkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: