Tempatan

MARDI Perkenal Varieti Padi Wangi Tempatan Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PASIR SALAK, 19 Ogos 2024 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan dua varieti padi wangi tempatan baharu bagi meningkatkan hasil dan pendapatan petani negara, kata Pengerusi MARDI, Dr Azman Ismail.

Menurut beliau, varieti tersebut, MRQ 107 dan MRQ 111 dapat menghasilkan beras istimewa tempatan mempunyai aroma dan tekstur nasi yang lembut.

Kedua-dua varieti itu juga dikatakan mampu mencapai hasil tuaian melebihi 5 metrik tan per hektar yang mana MRQ 107 boleh dituai dalam tempoh 112 hingga 115 hari selepas tabur manakala MRQ 11 dapat dituai dalam tempoh 116 hingga 118 hari.

Malah katanya, kedua-dua varieti itu juga mempunyai tahap kerintangan baik terhadap penyakit karah daun dan karah tangkai serta sesuai untuk dijadikan beras rebus.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Spesialiti Baharu Mardi MRQ 107 dan MRQ 111 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang di Pusat Benih Padi Felcra Plantation Services Sdn Bhd, Felcra Seberang Perak di sini pada Rabu.

Tambah Azman, pelancaran varieti padi wangi baharu itu diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pesawah dan pengguna beras spesialti tempatan selain dapat menarik minat lebih ramai pihak untuk melibatkan diri dalam pasaran beras spesialti sekali gus memperkukuhkan industri padi dan beras negara.

“MARDI mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada pihak Felcra dan pemain-pemain industri yang lain agar dapat mengambil peluang dalam usaha mengkomersialkan varieti padi MRQ 107 dan MRQ 111 sekali gus akan dapat memperluaskan penanamannya dalam negara,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: