Antarabangsa

Risau Paedophile Tersinggung, Pakar Cadang Gelaran Lebih Baik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 OGOS 2022 – Seorang terapis seksual dan kaunselor wanita telah mencadangkan serta menyokong satu idea berkenaan dengan panggilan terhadap golongan pedofilia. Wanita tersebut, Miranda telah mencadangkan agar pedofilia tidak lagi dipanggil dengan panggilan tradisional tersebut tetapi digantikan dengan “Minor Attracted Persons” (MAPs).

Miranda yang dilihat juga menyokong agenda LGBT ketika menekankan kata ganti nama bagi merujuk kepada dirinya, yang mana ianya merupakan sebuah kelaziman bagi penyokong LGBT itu menuntut agar golongan pedofilia ditukar gelaran kerana menurutnya golongan pedofilia adalah di antara golongan yang sering difitnah oleh masyarakat.

Menurutnya lagi, penukaran terma gelaran tersebut juga adalah disebabkan perkataan ‘pedofilia’ itu sudah menjadi sesuatu yang bersifat “judgemental” dan menyinggung perasaan golongan tersebut. Seterusnya, kaunselor tersebut telah memberi takrifan berkenaan MAPs, iaitu merujuk kepada mereka yang mempunyai minat dan tarikan seksual terhadap golongan bawah umur.

Video tersebut telah menjadi tular dalam kalangan masyarakat di Amerika Syarikat. Namun kebanyakan maklum balas warga maya terhadap idea wanita LGBT tersebut adalah negatif dan bersifat penolakan.

Salah seorang warga maya membuat ulasan terhadap video tersebut dengan mengatakan,

“Kita hanya menunggu masa untuk golongan Demokrat muncul dengan terma baru iaitu Pedofobia”.

Seorang lagi warga maya yang menggunakan nama Liz Wheeler membuat ulasan berkenaan video berkenaan dengan menyatakan,

“Apa yang dikatakan olehnya itu adalah daripada Teori Queer. Penulis asal yang memulakan dokumen Teori Queer ini mempertahankan pedofilia, mempertahankan bahan lucah kanak-kanak serta menyokong seksualisasi anak-anak kecil”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: