‘Manusia Terkaya Dunia’ Bukan Lagi Milik Elon Musk
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 13 Disember 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kini tidak lagi menjadi orang terkaya di dunia selepas menyerahkan gelaran tersebut kepada Bernard Arnault, yang mana keluarganya memiliki syarikat fesyen mewah terkemuka dunia, LVMH.
Menurut laporan antarabangsa, kekayaan Elon Musk sebelum ini banyak terikat dengan saham Tesla dan didorong oleh harga sahamnya yang naik secara mendadak sehingga melonjak lebih daripada 1,000% dalam tempoh dua tahun.
Namun, apabila saham teknologi AS merosot dan kadar faedah serta kebimbangan kemelesetan meningkat, kekayaan Musk telah jatuh di bawah kekayaan keluarga Arnault.
Walau bagaimanapun, pemilik Twitter tersebut kembali berada di atas dengan AS$184.9 bilion (RM814.29 bilion), diikuti Arnault dan keluarganya pada AS$184.7 bilion (RM813.41 bilion).
Sementara itu tokoh perniagaan India, Gautam Adani pula berada di tempat ketiga dengan AS$134.8 bilion (RM593.65 bilion) dan diikuti oleh Pengasas Amazon, Jeff Bezos di tempat keempat dengan AS$111.3 bilion (RM490.16 bilion).