Antarabangsa

Mantan PM Jepun Shinzo Abe Maut Ditembak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 08 Julai 2022 – Mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe maut selepas ditembak dari belakang sewaktu berucap dalam sebuah kempen di Nara, Jepun, hari ini, lapor The Guardian.

Dalam kejadian pagi tadi, rakaman yang disiarkan oleh media Jepun menunjukkan ucapan Abe terganggu oleh dua dentuman kuat – mungkin dari senapang patah – dan asap, di mana Abe tersungkur ke tanah selepas tembakan kedua. Perkhidmatan kecemasan berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian kanan leher dan klavikula kiri. Seorang pegawai bomba berkata, Abe berada dalam keadaan jantung terhenti mengejut sewaktu dibawa ke hospital dengan helikopter.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Tetsuya Yamagami, 41 tahun, seorang residen di Nara.

Kejadian ini merupakan pembunuhan pertama seorang menteri atau bekas perdana menteri Jepun sejak zaman ketenteraan sebelum perang pada 1930-an.

Shinzo Abe merupakan individu paling lama yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun sebelum meletak jawatan pada tahun 2020. Ahli politik konservatif ini terkenal dengan dasar “Abenomics”.

Abe berada di Nara sempena kempen pemilihan ahli Parlimen pada Ahad ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: