Tempatan

Mansuh Pendidikan Islam, Cara Berfikir Generasi Terkini – Dr Ahmad Sanusi Azmi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 24 Januari 2022 – Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi berpandangan bahawa cadangan pemansuhan mata pelajaran Pendidikan Islam daripada silibus adalah jelas membuktikan corak berfikir generasi kini yang mula melihat agama bukanlah perkara asas yang perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak.

“Sebenarnya corak pemikiran sebegini menampakkan cara berfikir generasi terkini yang mula melihat agama bukanlah perkara asas yang perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak.”

Pada hakikatnya, Rasulullah ﷺ sendiri sangat menekankan pendidikan Islam terutama perkara aqidah seorang Muslim, jelas Dr. Ahmad Sanusi dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Tambah beliau, penerapan nilai tauhid ini pada hakikatnya adalah untuk membentuk jati diri anak-anak Muslim agar kerangka pemikiran mereka berada dalam acuan tauhid dan bukannya sosok Muslim yang berkiblatkan ideologi liberal atau sekular yang memisahkan elemen agama.

“Benar, kita ingin melahirkan lebih ramai doktor dan engineer. Namun, kita bukan sekadar ingin melahirkan tenaga pakar yang mengejar dunia semata-mata malah, kita perlukan professional yang berjiwa Islam yang mempunyai visi akhirat.”

Dan pada akhirnya, hanya Muslim berjiwa tauhid akan menolak elemen yang rosak terhadap diri, masyarakat dan negara dan mengangkat Islam sebagai tunjang kehidupan di negara ini, ujar Dr. Ahmad Sanusi yang merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai seorang bapa mempertikaikan penetapan jadual persekolahan anak perempuannya yang dilihat cenderung ke arah sekolah aliran agama dan tidak bersesuaian dengan status sekolah tersebut sebagai Sekolah Kebangsaan.

“Wow. Sampai 5.5hrs/week for PAI (or related) in total. That’s the same as Eng, and MORE than Maths and Science (at 2.5hrs and 1.5hrs respectively). This is NOT sekolah agama ya. This is Sekolah Kebangsaan.”

Bapa kepada pelajar sekolah kebangsaan itu juga merasakan sepatutnya Bahasa Arab dan Jawi hanya dijadikan mata pelajaran elektif sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: