Antarabangsa

Mangsa Gempa Bumi Sichuan Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 09 September 2022 – Angka korban akibat gempa bumi 6.8 skala Richter yang melanda barat daya China baru-baru ini telah meningkat kepada 86 orang berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Ibu pejabat penyelamat berkata, 50 mangsa terkorban adalah dari Wilayah Autonomi Tibet Ganzi dan 36 yang lain dari bandar Ya’an, manakala 35 mangsa masih dilaporkan hilang dan 270 yang lain cedera, dimasukkan ke hospital setakat tengah hari Khamis.

Hujan lebat berterusan menyukarkan lagi usaha pemulihan dan penyelamatan.

Namun begitu, lebih 20,000 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara berikutan ancaman tanah dan bangunan runtuh di kawasan pergunungan wilayah Sichuan.

Gempa bumi kuat pada Isnin lalu yang melanda kira-kira 43 kilometer tenggara bandar Kangding di wilayah Sichuan pada kedalaman 10 kilometer telah merosakkan kediaman dan menyebabkan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik.

Akibat gempa itu, gegaran bangunan dapat dirasai hingga ke ibu kota wilayah Chengdu yang mempunyai penduduk 21 juta orang iaitu sebahagian daripada 65 juta penduduk China yang kini berada di bawah perintah berkurung berikutan sekatan ketat COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: