Tempatan

Mana Surah Al Quran Kata Baju Kurung Milik Wanita? – Sajat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Tiada surah di dalam Al-Qur’an yang mengkhususkan baju kurung itu hanya untuk perempuan, dakwa Muhammad Sajjad, atau nama popularnya, Nur Sajat dalam Instagramnya baru-baru ini.

“ada ker mana mana surah al-Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita?? Saya pakai tutup aurat .. cer bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita??”

Dakwa usahawan kosmetik itu lagi, tiada elemen di dalam Al-Qur’an yang menyentuh mengenai fesyen pakaian. Apa yang ada hanyalah suruhan di mana seorang wanita itu harus menutup auratnya.

 “Yang saya tahu wanita harus menutup aurat nya .. tak ada pun element tentang fashion dalam surah…klu saya salah saya minta maaf ..sebab itu yang saya tahu dalam surah..selanjut nya boleh minta berwajib ulaskan..”

Kata-kata ini dinukilkan selepas Sajat berang apabila kebaikan yang dilakukannya dibalas dengan tangkapan dan siasatan.

“Buat kebaikkan pada agama, terus kata kita salah pakai perempuan,,,”

Apa yang membuatkan Nur Sajat bertambah marah adalah cara pemakaiannya mudah sahaja menjadi isu dan kritikan, namun bukan dalam perkara kartel daging dan orang berserban yang meliwat, yang disifatkan Sajat sebagai lebih haram.

“Kecoh sgt bila bagi sedekah pakai baju kurung semua Nampak salah!!!”

“Korang tu pi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram mcm mana??berzaman2 kami makan benda tak tahu status nya!! Sebab apa?? Korang fikir sendiri!! Korang jgn judge orang.. korang yang berserban pun kuat meliwat orang kat madrasah…tu lagi HARAM!!!!!!”

Sajat ditahan dan disiasat awal Januari lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas tuduhan menghina agama Islam dengan cara berpakaian menyerupai wanita di dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar sebelum ini pernah mengulas, tiada siapa yang menghalang mana-mana pihak atau individu untuk melakukan kebaikan, namun bukan dengan mencampur adukkan antara dosa dengan pahala.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: