Tempatan

13 Negeri Catat Kadar Kebolehjangkitan Melebihi Rt Negara – KP Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 25 Februari 2022 – Sebanyak 13 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi Rt negara pada Selasa baru-baru ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitter beliau.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 di seluruh negara pada jangkaan mengikut kes seharian hari Selasa adalah 1.15. Nilai tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 0.01 berbanding 1.16 pada hari Isnin lalu.

Manakala kadar kebolehjangkitan COVID-19 di seluruh negara pada 23 Februari 2022 dikongsikan KP Kesihatan pada hari ini adalah 1.13 iaitu penurunan sebanyak 0.02 berbanding data sebelumnya.

Data terkini menunjukkan Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dan melebihi Rt negara iaitu sebanyak 1.44, diikuti negeri Sarawak 1.31 yang menunjukkan pengurangan sebanyak 0.4 dari hari sebelumnya.

Kadar kebolehjangkitan tiga buah negeri iaitu Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan adalah sama iaitu 1.28 diikuti Perlis dan Pulau Pinang dengan bacaan 1.26, Pahang 1.24, Selangor 1.22, Kelantan 1.21 dan Sabah 1.20.

Dalam pada itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu 23 Februari 2022 ialah 1.19. Bacaan ini dibawah 1.2 namun masih melebihi kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara.

Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor dan Melaka pula mencatatkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 yang terendah iaitu antara 1.09 hingga 1.12 dan bacaan ini masih di bawah Rt negara setakat ini.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Kini, Malaysia masih merekodkan peningkatan mendadak dalam penularan wabak COVID-19 dengan 31,199 kes dilaporkan pada Rabu 23 Februari 2022. Daripada jumlah tersebut, hanya 194 kes yang melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: