Tempatan

AMARAN: Taktik Scam Guna Waran Tangkap Palsu – Polis Perak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 20 Jun 20223 – Pihak polis memberi amaran kepada orang ramai berhubung taktik scam menggunakan waran tangkap palsu dengan logo polis, menurut kenyataan Ketua Polis Perak, Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Haji Hassan Basri.

Menurut beliau, terdapat dua laporan diterima pihaknya setakat ini berhubung kes tersebut.

Bagi kes pertama, pada 14 Jun lalu, pengadu yang juga seorang peniaga kedai makan di Teluk Intan telah menerima panggilan yang mendakwa terdapat kiriman parcel yang mengandungi barangan terlarang yang digunakan di atas nama pengadu.

Dalam hal ini, pengadu dikatakan terlibat dalam kes berkaitan dadah dan pengubahan wang haram serta telah mempunyai waran tangkap polis.

Sindiket phone scam tersebut turut menghantar notis kehadiran yang mempunyai logo polis dan perjawatan Ketua Polis Perak ke telefon bimbit pengadu.

BACA JUGA: Bak Kut Teh: Versi Ayam Tetap Mengelirukan – Prof Teo Kok Seong

BACA JUGA: Letak Garis Panduan Tegas, Elak Percampuran Lelaki Perempuan – Presiden PEMBINA

BACA JUGA: Umat Islam Malaysia Ditipu Ulama & Pemerintah Untuk Tumpukan Perhatian Kepada Ritual – Pengasas Islamicity Indices

Namun begitu, pengadu tidak terpedaya serta tidak mengalami sebarang kerugian seterusnya melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Bagi kes kedua pula, pada tarikh yang sama, seorang pensyarah universiti di Negeri Perak telah menjadi mangsa kepada sindiket phone scam yang menyamar sebagai pihak polis.

Mohd Yusri yang berkata dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihak sindiket telah menghantar notis kehadiran yang mempunyai logo polis dan ditandatangan oleh Ketua Polis Perlis.

Sindiket tersebut mendakwa mangsa telah disyaki terlibat dengan kes berkaitan penyeludupan dadah dan penggelapan wang berjumlah 2.8 juta ringgit Malaysia bagi tujuan menakutkan mangsa.

Mangsa bagaimanapun terpedaya dengan mendedahkan maklumat peribadi dan bank sehingga mengalami kerugian sebanyak RM98,000 yang dikeluarkan oleh sindiket secara pindahan wang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali mempercayai sebarang urusan berkaitan wang dan perbankan melalui talian telefon dengan meletak dahulu panggilan dan periksa dengan pihak berkenaan secara bersemuka.

“Diingatkan juga, pihak polis tidak sesekali menjalankan urusan berkaitan jenayah secara perbualan telefon melainkan untuk memaklumkan mengenai perjumpaan secara bersemuka. Jika ada, sila rujuk ke balai polis berhampiran bagi tujuan pengesahan,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: