Antarabangsa

Tragedi Halloween Itaewon: Kurang Persediaan, Respons Lembab, Punca

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEOUL, 16 Januari 2023 – Kekurangan persediaan dan respons menjadi penyebab utama kemalangan rempuhan Halloween di Itaewon, Oktober tahun lalu.

BACA JUGA: IC Anak: Ibu Warga Indonesia Saman Kerajaan

BACA JUGA: Kemelut Harga Ayam-Menteri Minta Rakyat Bersabar

BACA JUGA: Mariam Mokhtar Dakwa Ketua Puteri UMNO ‘Delusional’

Perkara tersebut disahkan oleh Polis Korea Selatan pada Jumaat lalu di mana tragedi itu telah meragut sehingga 159 nyawa.

Menurut Sohn Je-han yang mengetuai siasatan tersebut, pihak berkuasa termasuk pihak polis tidak melakukan perangkaan langkah keselamatan walaupun keadaan orang ramai yang padat itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Malah, pihak berkuasa juga tidak mengambil tindakan yang sewajarnya sejurus panggilan untuk menyelamat mula diterima, katanya.

“Salah menilai situasi, kelewatan dalam berkongsi maklumat dan kurangnya kerjasama dalam kalangan agensi yang terkumpul menyebabkan banyak terkorban,” kata Sohn.

Tragedi itu menyebabkan keluarga mangsa serta penggubal undang-undang mengkritik siasatan polis kerana gagal mempertanggungjawabkan pegawai atasan.

Oktober lalu, Itaewon menjadi saksi kepada tragedi rempuhan yang disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan selepas tragedi feri Sewol yang karam pada 2014 sehingga mengorbankan 304 nyawa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: