Tempatan

Malaysia Tidak Dapat Laksana Dasar Kerja Empat Hari Seminggu – Presiden MEF

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2022 – Presiden Malaysian Employers Federation (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa majikan di Malaysia berpandangan, sebahagian besar industri di Malaysia tidak dapat melaksanakan dasar bekerja selama empat hari seminggu kerana bukan semua jenis pekerjaan sesuai dengan dasar berkenaan, lapor media tempatan, Berita Harian.

“Sejumlah 65 peratus syarikat berpandangan khidmat pelanggan mungkin terjejas sekiranya waktu bekerja empat hari seminggu dilaksanakan.”

“Syarikat juga terpaksa berdepan isu kos pengeluaran atau menanggung upah yang tinggi kerana perlu membayar upah kerja lebih masa.”

Menurut beliau, selain faktor tenaga kerja yang berbeza di setiap bahagian dan syarikat, terdapat beberapa cabaran lain yang perlu dihadapi majikan seperti isu kerja lebih masa, jadual kerja dan keperluan pelanggan.

April lalu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjalankan kaji selidik terbaharu dan 60% daripada 170 syarikat yang tidak mempunyai kerja syif dan 78.6 daripada 112 syarikat yang mempunyai syif, masing-masing tidak bercadang amalan minggu berkerja yang lebih singkat.

Dimaklumkan dalam kenyataan sama, 55% daripada 111 syarikat yang mempunyai kerja syif dan 38.3% daripada 162 syarikat dengan kerja syif, juga mengakui tidak dapat melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu berikutan dari waktu bekerja seminggu akan dipendekkan daripada 48 jam kepada 45 jam, selaras pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuatkuasa 1 September depan.

Beberapa hari lalu, media melaporkan kaji selidik yang dibuat oleh sebuah syarikat Qualtrics dan keputusan mendapati, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.

Sebelum ini, Samudera.my juga melaporkan dapatan kajian yang dibuat Qualtrics iaitu sebuah organisasi yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian tinjauan secara maya, di mana sebanyak 62% pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti memilih untuk bekerja hanya empat hari selama seminggu.

Dalam kenyataan sama, Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan secara umumnya, tempoh bekerja tidak menjadi penentu utama kepada kadar produktiviti atau ‘output’ pekerja.

Perkara tersebut telah mendapat sokongan penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari mengenai ekonomi Malaysia belum bersedia dengan dasar empat hari bekerja dalam seminggu, dan antaranya kerana struktur ekonomi negara yang menyukarkan pelaksanaannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: