Tempatan

Malaysia Terus Sokong Usaha Penyelesaian Dua Negara Di Palestin – Menteri Luar Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 24 Jun 2024 – “Kita akan sokong apa jua usaha termasuk penyelesaian konflik di Palestin melalui penyelesaian dua negara,” kata Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.

Beliau yang berkata demikian dalam Sidang Dewan Rakyat pagi ini menegaskan bahawa kekejaman di Gaza diikuti pembunuhan yang berlaku harus diletakkan sebagai keutamaan dan mesti diberhentikan.

“Kita sokong penuh apa sahaja isu boleh selesaikan konflik ini dengan segera, namun pembunuhan kena berhentikan dulu lepas itu kita cari jalan,” ujar beliau.

Kenyataan beliau itu adalah bagi menjawab kepada soalan lisan yang dikemukakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang (PN-Marang) yang menanyakan sejauh mana hasrat Kerajaan untuk menyemak semula dasar ‘two-state solutions’ atau penyelesaian dua negara bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Raza.

Mengulas lanjut, Malaysia bersama 13 negara lain yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyokong usul Amerika Syarikat untuk menyelesaikan konflik di Palestin melalui tiga faza.

“Semua negara sokong, fasa pertama gencatan senjata kekal, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pembebasan tebusan, kedua pertukaran tahanan warga Palestin dan pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza dan ketiga ialah pembinaan semula Gaza.

“Resolusi diterima PBB mesti dikuat kuasa, kita sokong gencatan senjata dibuat, pembebasan tebusan dan hak rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka dengan sempadan pra 1967 dan Baitulmaqdis timur ibu negara Palestin, lepas itu nak buat pilihan raya terpulang,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: