Tempatan

Malaysia Takut Singgung China, Jauhkan Diri Dari Barat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 September 2022 – Malaysia teragak-agak untuk menjalinkan hubungan ketenteraan dan pertahanan dengan negara-negara barat kerana bimbang hal tersebut akan ‘menyinggung’ China, berikut merupakan pendapat Collins Chong Yew Keat, seorang pensyarah di Universiti Malaya.

Menurut sebuah laporan, beliau menjelaskan bahawa Malaysia mahu meyakinkan negara-negara luar seperti China bahawa Malaysia kekal berpegang kepada dasar ‘atas pagar’, iaitu dengan tidak berpihak kepada mana-mana negara yang dalam perselisihan.

Jelasnya lagi, hal ini berbeza dengan dasar beberapa buah negara yang secara jelas cenderung menyokong Amerika Syarikat (AS), seperti Filipina dan Singapura.

Tambah beliau, dasar Malaysia kini dapat dilihat seperti ‘dikawal’ oleh dasar hegemoni China yang kian mengembangkan pengaruh dan dominasi, terutamanya dalam pelbagai sektor pasaran global.

Sentimen bahawa dominasi AS ke atas landskap politik dunia makin berkurang juga menjadi penyumbang utama mengapa Malaysia mengambil langkah cenderung untuk ‘menjaga hati’ China.

Namun, beliau menegaskan bahawa ia adalah masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang bakal memegang dominasi dunia, antara AS dan China. Justeru, langkah berhati-hati perlu diambil dalam menjaga kepentingan diplomatik negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: