Tempatan

Dakwaan Hina Sultan Johor, Lelaki Minta Dibicarakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 April 2023 – Seorang individu lelaki minta untuk dibicarakan selepas didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di laman media sosial, Facebook.

Lapor media, Indera Mulia Ahmad, 35 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana menyiarkan komen yang menyinggung perasaan pada 21 April lalu.

Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan membenarkan Indera diikat jamin dengan nilai sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei ini.

BACA JUGA: Isu Sparkling Wine Ada Sijil Halal, JAKIM Beri Penjelasan

BACA JUGA: Dua Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Akibat Strok Haba

BACA JUGA: PIBG Nasional Sokong Pemakaian Semula Pelitup Muka

Jika sabit kesalahan, Indera boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya, serta denda RM1,000 setiap hari jika kesalahan tersebut berulang.

Pendakwaan itu diuruskan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn dan Indera tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Sebelum ini, polis Bukit Aman telah menahan seorang lelaki di Puchong selepas dipercayai menghina Sultan Ibrahim. Telefon dan kad sim individu itu turut dirampas Bukit Aman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: