Tempatan

Malaysia Rancang Kembangkan Eksport Minyak Sawit Ke Mesir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI 2024 – Malaysia merancang untuk memperluaskan eksport minyak sawit ke benua Afrika melalui ‘Zon Ekonomi Terusan Suez’, dengan menjadikan Mesir sebagai elemen penting dalam strategi tersebut.

Menteri Perdagangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa Mesir memiliki potensi besar disebabkan oleh kedudukan geografinya yang strategik sebagai gerbang masuk yang menghubungkan Malaysia dengan negara-negara di Afrika Utara.

Johari menambah bahawa Mesir, dengan populasi melebihi 110 juta orang, adalah negara yang penting bagi industri sawit Malaysia kerana hampir 90 peratus daripada eksport negara ke negara tersebut adalah produk sawit.

Terdahulu, Johari dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) seharusnya menumpukan usaha meningkatkan hasil pengeluaran minyak sawit di tanah seluas 800,000 dan bukan menceburi bidang perniagaan lain dari luar kepakarannya.

Menurut beliau, FELDA boleh menjadi pengeluar Minyak Sawit Mentah terbesar di negara ini sekiranya organisasi tersebut mampu mencapai hasil sebanyak 18 tan metrik setahun dengan lebih 800,000 hektar tanah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: