Tempatan

Malaysia Perlukan Ketuanan Malaysia, Bukan Ketuanan Melayu – Veteran DAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 November 2022 – “Malaysia memerlukan dasar “Ketuanan Malaysia” dan bukannya “Ketuanan Melayu” sekiranya hendak menjadi negara majmuk hebat bertaraf dunia,” ujar veteran Democratic Action Party (DAP), Lim Kit Siang dalam satu hantaran Facebook.

Kit Siang mendakwa, dasar Ketuanan Melayu hanyalah satu helah golongan UMNO-putra untuk mengayakan diri mereka secara melampau sambil orang-orang Melayu dan Bumiputera yang lain terus miskin dan ketinggalan.

“Dasar ini bertentangan dengan prinsip asas pembinaan negara Malaysia, di mana setiap rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, adalah sama-sama rakyat Malaysia, bahawa tidak ada beza rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga.”

Kenyataan Kit Siang mendapat respon seorang netizen di ruangan komen dengan berkata, “Ketuanan melayu bukan nya malay supremacy yg ko takutkan. Ketuanan melayu bermaksud malay right as the original inhabitant in this country. Including the aborigines living this country. Tak pernah lagi aku dengar org melayu kata dorang bangsa paling agung. Kami bangsa yg ada kekuatan dan kelemahannya juga. Apa yg kami minta adalah hak jangan diganggu adat resam kami. Agama Islam kami. Sebagaimana kami org melayu tak pernah pertikai macam mana bangsa lain berniaga, bertutur bahasa ibunda masing2, menganut agama masing. Kamu kata nak bersatu berbilang kaum. Campur satu sekolah dengan kami pon taknak. Kita ada exam kita sendiri tapi yg diambilnya peperiksaan negara luar yg takde kene mengena ngan negara sendiri. Bangsa kamu sendiri pon tak boleh nak jaga nak bising ketuanan Malaysia.”

komen-zairie.jpeg?resize=300%2C167&is-pending-load=1#038;ssl=1

Seorang lagi pengguna turut menyatakan pandangan bahawa, “Inilah Tokoh Racism di Malaysia. Menidakkan Hak Bumiputera.”

komen-shariff.jpeg?resize=300%2C41&is-pending-load=1#038;ssl=1

Dalam pada itu, sisi pandang Lim Kit Siang mendapati, daripada empat orang calon Perdana Menteri ke-10 ini, hanya Anwar Ibrahim sahaja yang komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia dengan melaksanakan dasar “Ketuanan Malaysia” dan bukannya “Ketuanan Melayu”.

“Anwar pertamanya adalah seorang rakyat Malaysia, “Malaysian First”, dan semua pemimpin politik dalam negara Malaysia yang hebat perlulah seorang “Malaysian First”.

Hanya Anwar sahaja yang boleh mengembalikan Malaysia kepada prinsip pembinaan negara kita yang asal dan menjadikan Malaysia kembali hebat,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: