Tempatan

Malaysia Perlu Usaha Sendiri Kurangkan Kebergantungan Import Beras

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAU, 22 Ogos 2023 – Malaysia perlu dan boleh usaha sendiri bagi menghasilkan bekalan beras untuk memenuhi keperluan dalam negara, tanpa bergantung kepada import beras.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika ini India, Vietnam dan negara-negara pembekal lain telah memberi isyarat berhenti atau mengurangkan eksport beras dan jika berlaku ia akan memberi masalah kepada negara.

“Kalau beransur-ansur (negara-negara terlibat) sekat eksport beras masih tidak mengapa, kalau mereka buat mengejut akan jadi masalah. Rakyat Malaysia rata-rata makan nasi.”

“Kita cubalah setakat mana dan berusaha supaya India dan Vietnam tidak buat keputusan mengejut untuk menyekat eksport beras.”

BACA JUGA: Rakyat Jakarta Bekerja Dari Rumah, Kurangkan Pencemaran Udara

BACA JUGA: Pulau Marambong Bakal Diusul Sebagai Pangkalan Maritim Malaysia – ADUN Johor

BACA JUGA: Pemburu Haram Tumpas Setelah 10 Tahun

“Tapi kalau mereka tak cukup di negara mereka, itu hak mereka, jadi kita kena buat persediaan. Thailand harga padinya juga semakin mahal, beras juga makin mahal. Kita kena usaha sendiri di Malaysia dan saya yakin kita boleh.”

Mohamad Sabu berkata demikian dizahir ketika berucap dalam program santai agro Madani penuaian padi Projek Smart Sawah Berkala Besar (Smart SBB) Mini Sekinchan Mada Kampung Lat 1,000 pada Isnin.

Kebergantungan import beras negara ketika ini adalah sebanyak 35 peratus dengan bekalan beras bagi menampung keperluan rakyat negara ini adalah 2.4 juta tan metrik setahun dengan anggaran seorang penduduk menggunakan 79 kilogram makanan ruji berkenaan dalam tempoh itu.

Mengikut data 2021, negara hanya menghasilkan 1.7 juta tan metrik beras setahun. Mengikut rekod pada 2022 pula, Malaysia terpaksa mengimport 1.11 juta tan metrik beras membabitkan dari negara seperti Vietnam, 37.2 peratus, Pakistan (36.99 peratus), Thailand (12.9 peratus) dan India 8.6 peratus atau sebanyak 95,263 tan metrik.

Menurutnya, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan hasil padi melalui pendekatan yang diambil seperti penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun dan langkah segera seperti penanaman ala ‘Sekinchan’ diperluaskan di kawasan-kawasan lain dengan anggaran hasil per hektar antara tujuh sehingga 10 tan metrik.

Oleh itu, kata Mohamad, tanaman ala ‘Sekinchan’ yang mampu membantu meningkatkan hasil itu akan terus diperluaskan di tempat-tempat lain dengan yang sudah dilaksana di Jertih, Terengganu manakala di Kelantan pula masih di peringkat perbincangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: