NGO

Malaysia Perlu Segera Keluar Dari Ratifikasi CPTPP – MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kerajaan perlu segera keluar dari ratifikasi Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik CPTPP.

Malaysia yang telah menandatangani perjanjian tersebut, yakni sebelum pembubaran Parlimen telah menyebabkan ia tidak dibahaskan di Parlimen.

Kerajaan yang lalu telah menandatanganinya dan ratifikasi akan berkuat kuasa pada 29 November 2022.

Dokumen CPTPP berjumlah lebih 2,000 muka surat itu yang mempunysi 30 bab mengandungi peruntukan yang sangat besar implikasinya terhadap kedaulatan negara.

Kesan paling besar CPTPP itu ialah Malaysia akan hilang ruang mewujudkan dasar untuk menjaga kepentingan nasional bila ia bertentangan dengan CPTPP. Banyak dasar sedia ada dan peruntukan dalam negara terpaksa diubah kerana ia tidak selaras dengan CPTPP.

Perjanjian Perdagangan Bebas CPTPP tidak memberi jaminan bahawa hak-hak pengguna terutama berkenaan maklumat, data peribadi dan keselamatan. Paling penting CPTPP akan menyebabkan pengguna bergantung kepada negara asing dalam jangka masa panjang.

Perjanjian Comprehensive and Progressive Trans-Pacific Partnership (CPTPP) mengehadkan ruang kepada negara untuk membentuk polisi-polisi dan undang-undang baharu dan memberi perlindungan yang melampau kepada pelabur asing seolah-olah mereka lebih penting daripada rakyat.

Perjanjian perdagangan bebas CPTPP yang telah diratifikasi oleh Kerajaan hanya beberapa hari sebelum membubarkan Parlimen akan menghalang petani daripada bebas berkongsi dan menjual benih dari ladang mereka. Kerajaan yang baharu perlu isytihar keluar daripada perjanjian ini sebelum terlambat.

Kami mendapati Kerajaan yang lalu telah tidak mengendah teguran dan kritikan ramai pakar ekonomi yang memberi amaran bahawa CPTPP adalah suatu perjanjian berimpak negatif dalam jangka masa panjang.

Kesan negatif CPTPP merentas kepada aspek ekonomi, sosial, alam sekitar, kesihatan, perburuhan dan rejim fiskal negara.

Kesan negatif akan dirasai oleh peniaga kecil, perusahan tempatan, petani serta kos kesihatan termasuk pelbagai dasar negara untuk menjaga kepentingan nasional.

Kerajaan yang baharu perlu segera mengisytihar keluar dari ratifikasi CPTPP sebelum ia dikuatkuasakan.

Risiko Malaysia akan terperangkap seperti yang berlaku ke atas Pakistan dan Brazil bila syarikat luar menfailkan saman ke atas negara tersebut melalui ISDS (Investor State Dispute Settlement) mengakibatkan kedua negara tersebut terpaksa membayar berbilion dolar bila diputuskan oleh tribunal perdagangan berpusat di US.

Kami mengusulkan agar analisa kos dan keuntungan perlu dilakukan untuk menilai sama ada Malaysia perlu terus menyertai CPTPP.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: