Malaysia Perlu Bangunkan Industri Gula Sendiri
KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 – Malaysia perlu membangunkan industri gula sendiri dan berhenti bergantung kepada import semata-mata.
Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Malaysia kini bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012.
BACA JUGA: Ceramah Masjid: Kerajaan Pertimbang Wujud Garis Panduan Ahli Politik
BACA JUGA: Kelantan Rekod 59 Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak – Ketua Hakim
BACA JUGA: Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 22 Mac Ini
“Kita mengimport 100 peratus gula mentah dan sudah tentu bila ada kenaikan harga ataupun isu (pergerakan) mata wang, minyak, maka kos perkapalan akan mahal.”
Justeru, katanya sudah tiba masanya industri tebu di Malaysia akan dibangunkan semula untuk membantu memenuhi permintaan gula dalam negara.
Jelasnya, Kerajaan dalam perancangan mengenal pasti tanah-tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di Utara Perak bagi tujuan berkenaan.
“Kementerian sekarang dalam perancangan supaya tanah-tanah Kerajaan di kawasan Utara Perak yang saiznya ada yang kami kenal pasti sehingga 1 ribu ekar dibuka untuk penanaman tebu.”
Rafizi turut menjelaskan, rantaian industri ini akan disusun oleh Kerajaan supaya penanam (daripada golongan sasar) ada pembeli tersedia dan mereka akan diserap ke dalam koperasi.
“Jadi penerima di Utara Perak contohnya akan kita serapkan untuk mengusahakan tebu secara besar-besaran dan rantaian ini akan disusun Kerajaan supaya penanam ada pembeli tersedia dan mereka akan disusun dalam koperasi.”
Rafizi berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat pada Selasa.