NGO

NGO Malaysia Mengecam Keras Pencerobohan Israel Ke Atas Al-Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kami mengecam dengan keras tindakan rejimIsrael menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu pada Selasa baru baru ini.

Tindakan Menteri KeselamatanIsrael, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel itu perlu dibantah dengan keras oleh komuniti dunia.

Provokasi ini adalah mencabar status quo Baitulmuqaddis dan Al-Haram Al-Sharif dan tidak boleh dikompromi sama sekali.

Kami berpendirian bahawa tindakan rejimIsrael ini perlu mendapat reaksi seluruh umat Islam di dunia dan juga negara-negara yang menyokong perjuangan Palestin.

Israel tidak sama sekali menghormati resolusi dunia mengenai status Masjid Al Aqsa. Oleh itu dunia tidak boleh hanya mengecam tetapi perlu melakukan tindakan konkrit menekan rejim ZionisIsrael agar keluar dari wilayah Baitulmuqaddis.

Kami menyokong pendirian Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar. Pendirian yang konsisten untuk menyokong Palestin sangat penting disuarakan.

Pernyataan solidariti perlu disusuli dengan mengusulkan OIC dan PBB mengeluarkan kenyataan untuk menuntutIsrael keluar dari Baitulmuqaddis.

Pencerobohan yang diketuai oleh Menteri LuarIsrael menunjukkan rejimIsrael nekad untuk mengambil alih Masjid Al-Aqsa.

Bererti ini bukan tindakan biasa. RejimIsrael akan mengambil langkah selanjutnya untuk meneruskan penguasaannya ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

Kami mendesak OIC tidak mendiamkan diri. Langkah konkrit untuk menghalang Israel mesti dilakukan.

Isyarat yang ditunjukkan oleh Israel itu harus dilihat sebagai isyarat dan provokasi perang. Oleh itu OIC tidak boleh mendiamkan diri.

Kami menyeru seluruh umat Islam sedunia menzahirkan bantahan keras dan bersedia jika Israel berani meneruskan pencabulannya ke atas Masjid Al-Aqsa.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

DS Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Mannar Malaysia (MANAR)

DW Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: