Tempatan

Katolik Digesa Nyatakan Pendirian Ke Atas Amalan Perjudian Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2023 – “Uskup di AS dan Filipina selama ini lantang menentang semua bentuk perjudian tetapi Gereja di Malaysia masih berdiam diri.”

“Dengan begitu banyak yang dipertaruhkan, Gereja di Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka,” tuntut Vanitha Nadaraj, penulis untuk sebuah portal Katolik.

BACA JUGA: TH Hanya Benarkan Pemindahan Wang Ke Akaun Sendiri Julai Ini

BACA JUGA: PN Janji Adakan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Seluruh Selangor Jika Menang PRN

BACA JUGA: Kerajaan Mesir ‘Robek’ Tanah Perkuburan Islam, Termasuk Makam Imam Syafie

Ujarnya, pada tahun 2018, Vatican memutuskan untuk tidak melabur dalam industri yang bertentangan dengan doktrin gereja di mana salah satunya adalah industri judi, walaupun judi bukan satu dosa di bawah ajaran gereja.

“CCC No. 2413 menyatakan: ‘Permainan nasib atau bertaruh dengan sendirinya tidak bertentangan dengan keadilan. Ia menjadi tidak dapat diterima secara moral apabila permainan itu menghalang seseorang daripada apa yang perlu untuk memenuhi keperluannya dan orang lain. Keghairahan untuk berjudi berisiko menjadi perhambaan. Pertaruhan yang tidak adil dan penipuan dalam permainan merupakan perkara yang serius, melainkan kerosakan yang ditimbulkan adalah sangat kecil sehingga orang yang mengalaminya tidak boleh menganggapnya penting’.”

Selain itu, jabatan Dicastery for Promoting Integral Human Development dalam Roman Curia pula berkata, “Menghalalkan perjudian menyemarakkan ketagihan, mewujudkan lebih ramai penjudi yang kompulsif, dan menggunakan industri sebagai sumber hasil cukai adalah tidak beretika.”

Tegas Vanitha Nadaraj, oleh itu, Gereja perlu melihat bahawa kesan sosial terlalu besar untuk diabaikan dan ia akan meningkat apabila perjudian dalam talian disahkan.

“Kajian 2016 menunjukkan bahawa 30 peratus remaja Malaysia berjudi dalam tempoh 12 bulan dan ibu bapa yang berjudi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap mereka. Golongan remaja sudah mengumpul hutang besar akibat judi.”

Berikutan itu, penulis Union of Catholic Asian News ini sekali lagi menuntut agar Gereja di Malaysia menyatakan pendirian mereka dalam isu judi.

“Dengan begitu banyak yang dipertaruhkan, Gereja di Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka.”

Tahun ini, dua Kerajaan Negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) telah mengharamkan aktiviti loteri dan perjudian —Kedah pada Januari dan Perlis pada bulan lepas. Kedua-dua negeri itu menyertai dua lagi negeri iaitu Kelantan dan Terengganu yang telah mengharamkan perjudian beberapa dekad lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: