Antarabangsa

Malaysia Mahu Lebih Ramai Bangladesh Masuk – Zuraida Kamarudin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DHAKA, 28 Februari 2022 – Malaysia memerlukan lebih ramai pekerja dari Bangladesh, kata Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed dalam kunjungan hormatnya di Ganobhan Palace Jumaat lalu.

Beliau turut membincangkan cadangan untuk mengambil pekerja melalui saluran kerajaan Malaysia-Bangladesh. Ujarnya, ketelusan sistem pengambilan pekerja bagi industri perladangan akan diselaraskan dengan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua kerajaan Disember lalu.

Sistem pengambilan pekerja yang dicadangkan akan memastikan pekerja mendapat hak dan kemudahan asas, termasuklah penginapan dan gaji yang setimpal.

Tambahnya, kunjungan yang diadakan itu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan bilateral dua negara selain membina kerjasama antara dua pihak dalam industri teknologi dan informasi agrikomoditi. Zuraida juga menyuarakan kepentingan kerjasama ini terutamanya bagi sektor perladangan.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan satu sistem pengesanan diperkenalkan bagi memantau aktiviti pekerja.

Terdahulu, kedua-dua negara menandatangani MoU pengambilan pekerja dari Bangladesh, yang berkuat kuasa sehingga Disember 2026 iaitu selama lima tahun. MoU tersebut ditandatangani Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmad di Kuala Lumpur.

MoU tersebut juga menggariskan beberapa tanggungjawab kedua-dua negara termasuk urusan majikan dari Malaysia dan pekerja dari Bangladesh serta tugas agensi pekerjaan swasta di kedua-dua negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: