Tempatan

Pesakit COVID-19 Kuarantin Bersama Bayi, Kesal Dengan Fasiliti Hospital

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 April 2022 – Seorang pesakit COVID-19 yang berkuarantin bersama bayinya meluahkan rasa kesal apabila fasiliti wad yang didiami dalam keadaan yang sangat mengecewakan.

Menurut hantaran seorang pengguna Instagram, Alia Nordin, dia yang diminta untuk kuarantin bersama bayinya yang mempunyai simptom di salah sebuah hospital kerajaan meluahkan kemarahannya kerana hak rakyat sepertinya seperti tidak diendahkan oleh pemimpin-pemimpin.

Rasa kesalnya itu diluahkan menerusi hantaran di laman tersebut dengan memetik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Baginya, layanan seperti itu tidak seharusnya diberikan kepada ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan anak.

Hal ini kerana, bukan layanan kelas pertama yang diharapkan tetapi cukup dengan ketersediaan fasiliti yang diyakini bersih untuk didiami oleh ibu dan anak sepanjang tempoh kuarantin.

Dia turut menyelar fasiliti di hospital kerajaan tersebut dengan menyatakan bahawa hospital itu tidak mempunyai sinki yang bersih untuk mencuci peralatan mengepam, menyusu dan memandikan bayi, peti ais yang diragui kebersihannya untuk menyimpan susu serta tiada ruang khas untuk menyusukan bayi atau mengepam susu.

Menurutnya, aktiviti mengepam susu itu perlu dilakukan secara terbuka di hadapan rakan pesakit COVID-19 yang lain.

Wanita itu juga mempersoal adakah Yang Berhormat Menteri akan membiarkan isteri atau adik beradiknya untuk kuarantin di tempat seperti itu.

Hantaran itu mendapat sokongan daripada pengguna lain yang turut menyuarakan perkara sama.

“Makkk aii dahsyatnya kenapa dia buat tempat kuarantin kat sini sedangkan bangunan ni dah uzur. Wad bersalin pun dah ada bangunan baru. Aduhai, dah la dengan baby weh. Kesiannya. Sedih. Kita sokong kau Alia. Tak sepatutnya ditempatkan pusat kuarantin kat sini,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Ya memang macam ni lah keadaannya. Dah macam tahanan pun ada juga rasanya. Tapi saya malas nak sakitkan jiwa lagi fikir benda-benda ni. Saya lalui je lah. Betul facilities teruk betul. Kalau dah tahu nak buat tempat untuk COVID lagi untuk ibu dan anak-anak make sure keadaan yang elok untuk mak-mak uruskan perkara rutin. Panas tu saya tolak tepi, tapi kemudahan tu,” kata lagi seorang pengguna Instagram.

Biarpun begitu, katanya layanan doktor dan jururawat adalah sangat baik serta membantu dan dia hanya menekankan terhadap fasiliti hospital tersebut.

Berikutan itu, dia berharap agar kekesalannya itu didengari oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk turun padang dan melihat sendiri keadaan di wad tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: