Antarabangsa

Aktivis Tunjuk Perasaan, Bantah Penjualan Komik Rendahkan Pembantu Rumah Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 27 Jun 2023 – Ratusan aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Corong Rakyat berhimpun di Kedutaan Besar Malaysia bagi tujuan membantah penjualan serta pencetakan buku komik berjudul ‘When I Was a Kid’ edisi ketiga, menurut laporan portal berita Indonesia.

“Kami menggesa pihak Kedutaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap penulis komik berjudul ‘When I Was a Kid’ edisi ketiga yang merupakan warganegara Malaysia kelahiran Singapura bernama Cheeming Boey (Boey) lahir 12 April 1978 (45 tahun) dan bermastautin di Amerika Syarikat,” kata penyelaras himpunan tersebut, Ahmad.

Dalam himpunan tersebut, mereka bertindak membakar komik berkenaan sebagai tanda kekecewaan dan bantahan berhubung kandungan komik tersebut yang sengaja melukakan hati Pekerja Migran Indonesia (PMI) di Malaysia dan negara lain.

“Ini adalah satu bentuk gangguan kepada Pekerja Migran Indonesia dan ini bukan sahaja melukakan hati mereka, tapi juga seluruh bangsa Indonesia. Kedutaan Besar Malaysia mesti bertindak segera,” katanya.

BACA JUGA: Percepat Proses Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Demi Masa Depan Kanak-Kanak

BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal

BACA JUGA: Insiden ‘Tegur’ Gadis Form 6, Tokoh Media Nasihat PMX

Dalam masa yang sama, Ahmad turut menggesa agar Kerajaan Malaysia menghentikan penjualan serta pengeluaran buku di Malaysia sama ada di dalam laman web atau media sosial.

Malah, Ahmad turut menggesa agar siasatan berhubung penemuan kes itu dijalankan sekali gus mengambil tindakan undang-undang bagi mengelakkan kes sama berulang di mana ia berpotensi untuk mengganggu hubungan dua hala Indonesia-Malaysia.

Sebelum ini, buku tersebut dipercayai menceritakan kandungan sensitif yang didakwa memburukkan PMI.

Lapor portal yang sama, pada halaman 154 buku komik tersebut menceritakan, seorang bapa memperkenalkan anaknya kepada seorang pembantu rumah yang berasal dari Indonesia sebagai ‘monyet’ kerana dia memanjat pokok kelapa di belakang rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: