Antarabangsa

Ratusan Dokumen Sulit NATO Dijual Di Dark Web

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADRID, 09 September 2022 – Pegawai Am Pasukan Ketenteraan Portugal telah menjadi sasaran sebuah serangan siber yang disifatkan sebagai “belum pernah berlaku” dan “berterusan”. Akibat serangan tersebut, terdapat banyak dokumen sulit NATO yang telah berjaya dibocorkan.

Rangkaian media tempatan, Diario de Noticias melaporkan pada Selasa lalu bahawa kerajaan Portugis sama sekali tidak menyedari akan serangan itu sehinggalah pihak Amerika Syarikat (AS) memaklumkan tentang pencerobohan tersebut, yang mana ianya diklasifikasikan sebagai “sangat serius” oleh pihak berkuasa.

Rangkaian media tersebut melaporkan bahawa sumbernya mendakwa bahawa komuniti perisikan AS menemukan “ratusan” dokumen sulit NATO itu yang sedang dijual di sesawang gelap (dark web).

Menurut laporan tesebut, makluman penemuan itu telah dihantar terus kepada Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa pada Ogos lalu.

Laporan itu menunjukkan bahawa Pegawai Awam telah menjalankan audit menyeluruh terhadap sistem dalaman mereka dan telah berjaya mengenalpasti komputer-komputer yang terlibat dalam kecurian dokumen NATO.

Agensi sama juga telah mendapati bahawa ada perlanggaran peraturan berkenaan pemindahan selamat bagi dokumen-dokumen sulit dan rahsia.

Rangkaian media tersebut juga menyatakan bahawa NATO akan menuntut penjelasan dan jaminan daripada kerajaan Portugal berkenaan kebocoran dokumen-dokumen berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: