Antarabangsa

Malaysia Gesa Negara D-8 Hentikan Bantuan Kepada Pendudukan Zionis Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 11 Jun 2024 – Malaysia menggesa Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) menghentikan dana dan bantuan kepada Israel, termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada ketenteraan dan pendudukan haram Zionis Israel.

Demikian antara empat perkara utama yang ditekankan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri D-8 berkaitan Situasi di Gaza yang diadakan di Turkiye baru-baru ini.

Beliau juga menegaskan pendirian negara berhubung krisis di Palestin dan menekankan termasuk supaya D-8 sebulat suara menyokong pelaksanaan gencatan senjata kekal.

Selain itu, Malaysia turut menuntut agar bantuan kemanusiaan ditingkatkan dan memastikan ianya sampai dengan selamat tanpa halangan kepada Palestin.

Justeru, bagi mencapai semua perkara ini, Malaysia berpendirian untuk menubuhkan kerjasama di antara D-8 dan Palestin.

“Malaysia dan Negara-negara Anggota D-8 yang lain bersama menyatakan solidariti dan sokongan jitu kepada perjuangan rakyat Palestin dalam mencari penyelesaian terhadap krisis yang berlaku di Gaza, seperti digariskan dalam deklarasi mesyuarat tergempar itu,” katanya.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan komitmen jitu negara dalam memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa.

Kata Wisma Putra, usaha akan diteruskan melalui penyertaan Menteri Luar Negeri ke Persidangan Peringkat Tinggi “Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza” pada 11 Jun ini di Jordan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: