Tempatan

Malaysia Mahu Saman ‘Pewaris Sulu’ & Penaja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – Malaysia akan menuntut ganti rugi terhadap lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu serta syarikat pemberi dana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kerajaan sedang berusaha keras untuk memastikan kedaulatan negara dilindungi daripada diperkotak-katikkan atas dasar perniagaan dan untuk mendapatkan komisen sekali gus membuat keuntungan.

“Sepanjang yang kami tahu kita akan berusaha bersungguh-sungguh, sehingga kebenaran dinyatakan. Kita akan saman mereka untuk tuntut segala kos yang kita hadapi.”

“Banyak kos yang kita keluarkan. Pergi sana sini, Dapatkan nasihat. Dapatkan peguam luar. Seseorang perlu membayar kos kita.”

BACA JUGA: Menteri Kecam Tindakan Jocelyn Chia, Pelawak Hina Malaysia & MH370

BACA JUGA: Isu Nama Suci Allah: Sultan Titah Ke MKI Sebelum Dipersembahkan Kepada Majlis Raja-Raja

BACA JUGA: Kalimah Allah, Muktamadkan Segera, Hormat Hak & Kuasa Raja-Raja Melayu – Sultan Selangor

Mengulas lanjut, Azalina berkata Kerajaan telah mengenalpasti syarikat antarabangsa yang membiayai tuntutan tersebut.

“Kita tahu siapa yang memberikan dana. Syarikat besar dan dikenali. Bukan (syarikat) Asia. Saya sangat berminat mengetahui siapa yang akan membayar kita Euro $100,000 yang dianugerahkan Mahkamah Rayuan Paris semalam,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam pada itu jelasnya, jika benar waris Kesultanan Sulu tersebut mahu mendapatkan keadilan mereka boleh lakukan dengan membuat tuntutan di sebuah negara sahaja iaitu di Sepanyol.

Bagaimanapun tindakan kumpulan itu memfailkan tuntutan di beberapa buah negara Eropah jelas menunjukkan bahawa mereka dan syarikat penaja berkenaan mahu membuat keuntungan ke atas Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: